Rupanya Baru Tahu Popcorn Sebenarnya Makanan Yang Sihat, Baik Untuk Jantung Tapi Jangan Makan Dengan Bahan Ini

Menonton wayang seakan tidak lengkap kalau tidak dijamu bersama bertih jagung ataupun popcorn. Meskipun termasuk dalam kategori makanan ringan, ia mempunyai banyak khasiat tersendiri yang diperlukan tubuh, sekiranya ia dimakan dengan cara yang betul.

Dalam setiap 100 gram popcorn, ia mempunyai vitamin B1, B3, B6 serta kaya dengan zat besi, magnesium, fostor, kalium, zink dan juga mangan.

Namun sayangnya, popcorn sering ditambah dengan bahan lain seperti caramel, garam dan juga gula yang membuatkan ia tidak lagi sihat untuk dijadikan sebagai hidangan.

Popcorn tanpa bahan lain juga kaya dengan serat dan dilaporkan mampu mengurangkan keradangan serta menurunkan risiko penyakit jantung.

Sajian ini juga dikatakan baik untuk melancarkan darah, meningkatkan kesihatan penghadaman dan mengurangkan risiko penyakit termasuk kanser.

Selain itu, popcorn mempunyai kandungan polifenol yang merupakan antioksidan dimana ia mampu melindungi tubuh daripada kerosakkan akibat terdedah kepada radikal bebas.

Kesimpulannya, popcorn adalah sangat baik untuk kesihatan jika ia tidak ditambah dengan bahan-bahan lain yang tidak menyihatkan.

kredit era

Artikel Berkaitan   Seronok Membuat Kek Tiba-Tiba Jadi Tragedi Yang Menyayat Hati, Ibu Ini Terkekik Sampai Mati Gara-Gara Mixer Kek