Video Suami Rambut Panjang, Isteri Sengaja Botakkan Kepala Suaminya Dan Gelak Bersama

Walaupun rambut panjang sering dikaitkan dengan rupa ‘rockers’, bukan semua lelaki nampak elok dengan gaya rambut itu kerana kebanyakkan mereka nampak selekeh menyimpan rambut panjang.

Namun dalam musim kuarantin ini ramai yang terpaksa membiarkan rambut mereka panjang kerana tidak dapat keluar untuk ke salon.

Ada juga golongan yang cukup berani untuk mempercayai ahli keluarga untuk memotong rambut mereka sehingga berakhir dengan hasil yang buruk.

Terbaru beberapa video muncul di media sosial menunjukkan isteri memotong rambut suami mereka dan sengaja merosakkan rambut mereka, menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan netizen.

Dalam satu video yang dikongsikan di Facebook, pasangan Emily and Cory Pendergast yang terkurung di rumah mereka terpaksa bergantung kepada satu sama lain.

Cory memutuskan untuk meminta bantuan isterinya untuk memotong sedikit rambutnya yang semakin panjang dengan menggunting di bahagian-bahagian hujung.

“Honey, that’s too much” – Cory Pendergast

Posted by Emily Pendergast on Sabtu, 28 Mac 2020

Namun Emily yang merakam adegan itu sengaja memotong melebihi apa yang diingini suaminya sehingga lelaki itu akhirnya kehilangan rambut depannya. Cory walau bagaimanapun tidak marah dan hanya ketawa geli hati melihat rupanya yang lucu di cermin.

Perkongsian Emily dan Cory membuat rata-rata netizen yang meninggalkan komen di video mereka terhibur, berbeza dengan satu video yang dikongsikan di Twitter yang menunjukkan kejadian yang sama.

Dalam video yang tular, seorang isteri diminta untuk memotong rambut suami, namun wanita berkenaan sengaja mencukur rambut lelaki itu sehingga botak, membuatkan lelaki tersebut terkejut dan bengang.

Lelaki tersebut juga mengatakan bahawa dia telah menyimpan rambutnya itu sejak mereka berkahwin, membuat isterinya rasa bersalah.

Artikel Berkaitan   “Ramai Juga Kenalan Yang Ingin Menawarkan Calon Isteri, Tetapi Masih Terlalu Awal”

Rata-rata netizen juga mengecam tindakan wanita itu yang dianggap biadap kerana bergurau tanpa memikirkan perasaan pasangannya.

kredit HCL