Pengutip Sampah Jadi Jutawan Segera Apabila Temui Batu Bernilai RM2.9 Juta, Beliau Peli Apabila Batu Itu Mengeluarkan Bau Lilin

Siapa sangka seorang pengutip sampah di Thailand menerima tuah selepas menemui sebongkah batu bernilai 537,500 Pound Sterling (kira-kira RM2.9 juta). Lelaki yang dikenali sebagai Surachit tidak menyangka batu yang dijumpainya adalah sejenis ambergris yang bernilai tinggi.

Pada mulanya, batu berwarna kelabu yang hanyut di pinggir pantai itu dikutip olehnya dan dibawa pulang ke rumah. Setibanya di rumah, Surachit mendapati batu itu mengeluarkan bau aneh seperti lilin. Beliau kemudian memaklumkan kepada rakan dan saudaranya sebelum memeriksa dan membakar batu itu.

Batu itu mengeluarkan bau wangi selepas dibakar sehinggalah dimaklumkan bahawa ia adalah batu yang amat bernilai tinggi. Pakar berpendapat, batu itu dikeluarkan oleh ikan paus, memandangkan saiznya yang terlalu besar. Uniknya batu jenis ambergris ini adalah kerana ia sangat sukar diperolehi dan mampu bertahan sehingga 100 tahun serta digunakan sebagai bahan dalam minyak wangi.

kredit era

Artikel Berkaitan   Thailand Negara Pertama Yang 'Halalkan' Penggunaan Ganja Dalam Perubatan