Kajian Mengejutkan Majoriti Orang Menangis Semasa Mandi, Anda Pun Begitu Ke?

Pernahkah anda menangis ketika sedang mandi?

Jika YA, anda sama dengan 74 peratus responden daripada 57,000 sampel seluruh dunia dalam kajian yang dijalankan oleh sebuah peruncit bilik mandi di United Kingdom (UK).

Menurut kajian berkenaan, 74% memilih untuk menangis dibilik mandi, berbanding dengan tempat tidur dan lain-lain.

Tiada sebab saintifik dikaitkan dengan ini, namun pakar mendakwa, tabiat menangis di bilik mandi adalah kerana privasi yang tinggi, disamping ia memberi rasa hangat dan selesa bagi meredakan tekanan seseorang.

Mungkin sebab itulah, ramai memilih untuk menangis sendirian ketika sedang mandi.

Namun begitu, dua ahli psikologi dari University of South Florida berkata, tidak baik untuk psikologi seseorang jika menangis sendirian, sebaliknya mereka perlu mendapat sokongan sosial ketika sedang menangis kerana ini dapat memperbaiki mood individu itu.

kredit era

Artikel Berkaitan   “Kenapa Semalam Tok Pengerusi Halau Saya Dari Saf Pertama Sampai Saya Kena Duduk Kat Saf Ketiga, Saya Sebenarnya Sudah Berkhatan”