Gempar! Lelaki Ini Terkejut Jumpa Ikan Bermata Satu Setelah Membelah Perut Ikan Jerung

Baru-baru ini, suatu hal mengejutkan penduduk Indonesia apabila menemui haiwan kecil aneh ketika membelah isi perut seekor jerung dewasa yang tersangkut di jaring milik seorang nelayan di Maluku, Indonesia.

Menurut Yahoo News Australia, nelayan yang dikenali sebagai Andy menangkap jerung dewasa itu di luar pantai di wilayah Maluku pada 10 Oktober yang lalu.

Katanya, mereka mendapati terdapat beberapa ekor anak jerung ketika hendak mengeluarkan isi perut dari haiwan berkenaan.

Pada mulanya, Andy yang menjumpai tiga ekor anak jerung tersebut, terkejut selepas menemui salah satu dari tiga ekor jerung itu memiliki satu mata di tengah-tengah kepala dan sepasang sirip kecil yang baru terbentuk selain berwarna putih susu.

Kemudian, dia terus membawa haiwan kecil aneh itu ke pihak berkuasa untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Menurut laporan pemeriksaan mendapati haiwan aneh terbabit mengalami Cyclopia, sejenis penyakit kecacatan kelahiran yang menyebabkan embrio membentuk satu mata.

Difahamkan juga, ianya bukanlah kali pertama jerung bermata satu berjaya ditangkap sebelum ini. Malahan, seorang lelaki di Amerika Syarikat dan nelayan di pantai Mexico juga pernah menangkap haiwan aneh sebegitu rupa pada tahun 2011.

kredit buzzkini

Artikel Berkaitan   Conteng Papan Tanda Gara-Gara Berang Tidak Menggunakan Bahasa Kebangsaaan, 2 Lelaki Menyerah Diri