Pernah Rasa Sesak Pada Dada Secara Tiba-Tiba, Batuk Dan Bersin? Besar Kemungkinan Anda Diserang Asma

Pernahkah anda secara tiba-tiba rasa sesak pada dada, batuk dan bersin? Besar kemungkinan anda diserang asma.

Semasa serangan tersebut, otot pada saluran pernafasan mula mengetat dan lapisan dalamnya membengkak. Tubuh mulai menghasilkan lebih lendir daripada biasa, menyebabkan seseorang itu sukar untuk bernafas dengan baik.

Antara tanda atau simptom serangan asma adalah seperti batuk, sesak nafas, sesak dada, tidak boleh bercakap, susah bernafas, dan pengaliran udara dalam sistem pernafasan lebih rendah daripada biasa.

Jadi apa nak buat jika diserang asma secara tiba-tiba?


Dipetik daripada portal Hellodoktor, sekiranya anda mengalami serangan asma, anda harus:

  1. Duduk dan cuba mengawal nafas anda dengan bernafas secara perlahan dan stabil. Kekal tenang kerana apabila dalam keadaan panik akan membuatkan asma anda menjadi lebih teruk.
  2. Ambil satu sedutan dari alat pernafasan (inhaler, kebiasaannya warna biru) setiap minit sehingga anda telah mendapatkan 10 sedutan.
  3. Hubungi ambulans jika anda:
  • Tidak mempunyai alat pernafasan di tangan anda.
  • Merasakan lebih teruk selepas menggunakan alat pernafasan anda.
  • Tidak merasa bertambah baik walaupun selepas 10 sedutan, atau anda berasa bimbang pada bila-bila masa.
  1. Selepas 15 minit, jika bantuan perubatan belum tiba, ulangi langkah 1 dan 2.

Jika ini merupakan serangan asma paling teruk yang pernah anda alami,  anda dinasihatkan segera mendapatkan bantuan perubatan.

Sumber: Hellodoktor

Artikel Berkaitan   Hafal dan Amalkan Doa Ini Agar Dikurniakan Rezeki Melimpah-Ruah..Sila Share