Sotong kurita atau nama saintifiknya iaitu Pteroctopus adalah haiwan yang terdiri daripada kelas Cephalopoda dimana kakinya terletak di bahagian kepala. Habitat utama haiwan ini ialah terumbu karang dimana ia menjadi tempat tinggal bagi kebanyakkan sotong spesis tersebut.
Kelmarin, tular sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun di Twitter yang dikenali sebagai @creepyposta dimana terdapat seekor sotong kurita yang sedang berada di atas sebuah kapal. Melalui video perkongsian itu, haiwan tersebut kelihatan ingin melarikan dirinya.
SQUIDWARD Q TENTACLES 🐙
📷 jordanmarciniak pic.twitter.com/fY6tEpf2aP
— creepyposta (@creepyposta) October 21, 2020
Jika dilihat dengan teliti, binatang terbabit telah bergerak ke penghujung sudut kapal tersebut. Tanpa disangka-sangka, binatang itu akhirnya berjaya melarikan diri meskipun hanya melalui sebuah lubang yang kecil. Hal ini kerana badannya yang lembik dan fleksibel membolehkan haiwan marin ini meloloskan diri walaupun hanya melalui ruang yang kecil.
Apabila melihat kejadian itu, rata-rata warga netizen berasa terkejut di samping terdapat segelintir warganet yang turut mengingatkan situasi tersebut kepada filem animasi Pixar iaitu Finding Dory. Video yang berdurasi selama beberapa saat itu telah meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 23.1 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter berkenaan.
kredit HCL