Pembaca Berita Terkenal Farit Ismeth Disahkan Meninggal Dunia, Ini Punca Kematiannya

PENYAMPAI berita popular Radio Televisyen Malaysia (RTM), Farit Ismeth Emir, 66, meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada pagi ini di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor.

Berita sedih itu disahkan oleh anaknya, Farzwa De-Attaher Emir atau lebih dikenali sebagai DJ Fuzz.

“Farit Ismeth Emir baharu sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Assunta, Petaling Jaya.

“Allahyarham dikenali sebagai Pak Ngah dalam kalangan warga RTM merupakan individu yang penting dan sudah tentu beliau akan dirindui,” katanya.

Allahyarham yang dilahirkan pada tahun 1954 adalah penyampai berita veteran RTM dan amat popular pada era 1990-an terutamanya menerusi Dunia Jam 10.

Farit yang mempunyai tujuh anak pernah meminjamkan suaranya untuk iklan-iklan komersil dan membawakan watak doktor dalam drama radio popular RTM, Nombor 5 Persiaran 1.

kredit harian metro