Kisah “Rumah Degil” Di Tengah-Tengah Ku4la Lumpur Pernah Jadi Bualan Dan Rebutan, Sehinggalah Kerajaan Ketika Itu Tawarkan Penyelesaian

ADAKAH anda pernah mendengar kewujudan rumah Melayu “Degil”? Ya, rumah ini terletak di No 41, Jalan Chow Kit Kuala Lumpur. Rumah kayu dua tingkat ini dipercayai siap dibina sekitar tahun 1926 bercirikan tradisional Melayu dan dikatakan dipengaruhi oleh reka bentuk rumah Melayu Perak.

“Rumah degil” yang telah dipindahkan di Balai Seni Negara  Menerusi perkongsian pemilik akaun bernama Johan Tabah di laman sosial Facebook, beliau berkongsi serba sedikit info berkenaan “rumah degil”. Rumah kediaman ini dibina oleh Jaafar Sutan Sinombar iaitu keturunan Sutan Puasa, seorang saudagar dari Mandailing Sumatera yang dikatakan merupakan pengasas Kuala Lumpur.

Dipercayai kawasan tersebut adalah penempatan mereka. “Rumah degil” ini didiami oleh seorang nenek bernama Normah Majawali iaitu generasi ke empat Sutan Sinombar. Beliau kembali mendiami rumah tersebut sekitar tahun 1972 setelah ayahnya meninggal dunia dan tinggal bersama ibunya yang bernama Sariah Jaafar dan ibu saudaranya yang bernama Batiah.

Beliau tinggal disitu sehingga tahun 2009 dan selepas itu tinggal bersama anaknya di Putrajay4. Nenek Normah dikenali kerana ‘kedegilannya’ untuk tidak tunduk dengan pujuk rayu dan tawaran mana-mana pemaju supaya menjual rumah tersebut walaupun telah terbina bangunan lain di sekelilingnya. Melalui gambar yang dikongsi, jelas dilihat rumah kayu itu tetap utuh dicelah bangunan-bangunan moden yang lain.

Dalam barisan yang sama dengan rumah No 41 itu, terdapat dua lagi rumah milik anak Jaafar Sutan Sinomba iaitu rumah Abdul Talib dan Abdul Wahid. Rumah milik Abdul Wahid yg bernombor 38 telah dibangunkan menjadi sebuah bangunan komersial bernama Wisma Wahida.

  • Cerita anak Allahyarham Normah

Anak Normah, iaitu lapisan keenam Sutan Puasa, Nora Salleh, 56, berkata realitinya ibunya bukan menolak pembangunan di tapak rumah tersebut, Nenek Normah hanya mendiaminya bagi menemani ibu saudaranya yang tidak berkahwin.

Artikel Berkaitan   Taugeh Ni Simpan Dalam Sejuk Cepat Je Layu Tak Maya. Ini Cara Simpan Taugeh Yang Betul

Kata Nora, dalam temubual bersama H4rian Metr0 sebelum ini, selepas bapanya meninggal dunia pada 1972, ibunya pulang semula ke rumah itu dan tinggal bersama ibu, Sariah Jaafar. “Ketika itu, adik nenek saya iaitu Batiah turut tinggal di situ kerana rumah itu memang diwariskan kepada mereka. Selepas nenek meninggal dunia sekitar 90-an, rumah itu didiami oleh ibu saya dan ibu saudaranya itu (Batiah),” katanya.

Walaupun turut mewarisi sebahagian pusaka rumah bernombor 41 itu, Nenek Normah menyerahkan semua keputusan kepada Batiah memandangkan Batiah lebih tua. “Batiah mengambil keputusan mempertahankan rumah itu kerana dia memegang pesanan arwah bapanya yang melarang mereka menjual rumah itu walau apapun terjadi.

“Apabila Batiah meninggal dunia pada 2006, ibu saya bertegas untuk terus tinggal di situ disebabkan banyak kenangan dan sebagainya sebelum dia secara sukarela berpindah keluar dan tinggal bersama saya di Putrajaya pada 2009. Sepanjang tinggal di Putrajaya, ada juga kami pergi ke rumah itu untuk kemas apa yang patut sehinggalah lama-kelamaan ibu saya sukarela lepaskan,” katanya sambil memaklumkan ibunya meninggal dunia pada Julai tahun lalu.

  • Akhirnya “rumah degil” dilepaskan

Kini, struktur asli rumah itu telah dipindahkan ke Balai Seni Negara terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur untuk menjadi tatapan umum sejarah tentang “rumah degil” ini.

  • “Rumah degil” yang telah dipindahkan di Balai Seni Negara

Dianggarkan 70 peratus binaan rumah itu menggunakan bahan asal manakala selebihnya ditukar disebabkan reput dan telah pecah. Sebagai maklumat tambahan, walaupun tanah itu telah dijual kepada pemaju, namun Datuk Seri Mohamed N4zri Abdul Aziz yang ketika itu memegang jawatan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan telah mengambil inisiatif untuk membeli rangka rumah tersebut dan diletakkan di Balai Seni Negara.

Artikel Berkaitan   Lepas Jumpa Patung Misteri Di Hutan Dan Bermain Bersamanya, Lelaki Ini Dakwa Sering Dihantui Hingga Dia Mengalami Kemalangan

Rumah berusia 92 tahun itu telah menyaksikan pelbagai perubahan di negara ini dari zaman British, Jepun, kemerdekaan negara hingga ke 13 Mei 1969. –

kredit malaypost