Ramai Yang Cemburu Sekolah Ini Benarkan Bayar Yuran Pengajian Dengan Buah Kelapa

Sebuah pusat akademi pelancongan di Bali, Indonesia mempunyai cara unik bagi membantu para pelajarnya yang mempunyai masalah kewangan akibat dari pandemik COVID-19. Venus One Tourism Academy kini membenarkan pelajarnya membayar yuran menggunakan buah kelapa.


Menurutnya, buah kelapa itu haruslah orgamik kerana ia boleh digunakan akademi itu untuk menghasilkan minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara yang dihasilkan akademi tersebut juga akan dijual dan menjadi sumber sampingan mereka untuk bertahan sepanjang pandemik COVID-19 ini.

Sebelum ini, pusat akademi pelancongan itu menerima bayaran yuran secara ansuran sebanyak tiga kali dengan 50 peratus bayaran pertama, 20 peratus bayaran kedua, dan 30 peratus bayaran ketiga.

Tetapi dengan skim bayaran menggunakan buah kelapa ini, ia memudahkan pelajar dan pada masa sama menguntungkan pusat akademi.

kredit era