Dah Banyak Kali Pesan, Tapi Masih Ramai Yang Suka Memandu Hanya Berkaki Ayam Je!

Ramai antara kita gemar untuk memandu tanpa memakai kasut kerana merasakan dengan cara itu ia membuatkan diri ‘lebih dekat’ kepada kereta.

Pemandu rata-ratanya gemar untuk tidak memakai kasut atas alasan lebih selesa, malah ada juga pemandu dari kalangan wanita yang gemar memandu dengan menggunakan kasut tumit tinggi.

Tahukah anda, kedua-dua tindakan ini boleh mendatangkan bahaya, terutamanya apabila berhadapan dengan situasi cemas di jalan raya?

Menurut kajian, 40 peratus wanita mengaku memandu menggunakan kasut tumit tinggi, 39 peratus pula memakai sandal, dan 24 peratus hanya berkaki ayam.

Dalam kajian sama, 27 peratus pemandu lelaki mengaku memandu dengan memakai kasut, dan 22 peratus lagi memandu dengan berkaki ayam.

Mengikut standard keselamatan, pemakaian kasut adalah perlu ketika memandu, dan sebaik-baiknya kasut yang bertumit rata. Ia adalah bagi memberi cengkaman yang baik pada pedal kereta.

Jika tiada cengkaman yang baik pada pedal kereta, ia dikhuatiri boleh menyebabkan tergelincir, seterusnya mendatangkan bahaya dan kemalangan.

Kasut membantu memberi tekanan pada kaki ketika memandu, berbanding dengan hanya berkaki ayam. Selain itu, ia juga melindungi kaki sekiranya kemalangan berlaku secara berdepan.

kredit era

Artikel Berkaitan   Masih Ingatkah Anda Pada Ariel Sharon, Orang Yang Membunuh Beribu-Ribu Rakyat Palestin. Ini 7 Gambar Kubur Dia