“Haha.. Ni Lebel Konfideng Yang Tinggi Bro” Ditemubual Dalam Bahasa Inggreris, Pelumba Basikal Ni Hantam Dengan Dialek Terengganu

Setiap negeri mempunyai dialek percakapan yang tersendiri, sehingga ia seolah menjadi identiti dan sebati dalam diri seseorang.


Dialek negeri Kelantan, Terengganu, dan Kedah adalah antara dialek negeri yang mudah dikenalpasti apabila seseorang itu bercakap.

Sejak semalam, video temu bual pelumba basikal negeri Terengganu telah tular selepas dia menjawab soalan daripada pihak wartawan berkaitan perlumbaan tersebut. dalam bahasa Inggeris walaupun menggunakan loghat pekat Terengganu.

Muat naik video ini telah mula tular di laman sosial, rata-rata mereka memuji keyakinan yang dimiliki pelumba basikal ini yang mewakili Malaysia dalam pelumbaan di Le’ Tour De’ Langkawi.

Pelumba basikal yang dikenali sebagai Mohd Hariff Salleh, merupakan pelumba kebangsaan yang mewakili pasukan Terengganu.

Walaupun menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan tersebut dengan dialek Terengganu-Inggeris, namun setiap jawapan yang diberikan oleh Hariff Salleh adalah tepat.

Keyakinan dan kebanggaan menuturkan bahasa Inggeris dalam bunyi dialek Terengganu telah dipuji ramai pengguna laman sosial.

Sebelum ini, Hariff Saleh pernah tular apabila bertutur dalam bahasa Inggeris-Terengganu juga tahun lepas semasa ditemu ramah oleh media luar. Bukan sahaja ramai yang terhibur, mereka turut memuji keyakinan Hariff yang boleh menjawab soalan-soalan yang diajukan dengan tepat.

Sumber : my_tehoais