Ramai Yang Tertipu Dalam Hubungan, 5 Ciri Ini Yang Anda Perlu Tahu, Pasangan Anda Ikhlas Atau Tidak

Kehidupan suami isteri ini lebih mencabar daripada zaman bercinta. Kalau masa bercinta dulu, semuanya indah bagai bulan purnama. Tetapi bila sudah berkahwin, masa ini baru anda tahu perangai sebenar pasangan anda.

Sebab itu pentingnya untuk mencari seorang yang betul-betul serasi dengan kita, tapi macam mana nak tahu kita serasi atau tidak. Ini tanda-tanda anda dan pasangan sememangnya serasi menurut Ustazah Norbahyah Mahmood.

  • Bertolak ansur walaupun sikap berbeza

Keserasian ni tak semestinya semua benda kita sama-sama suka, sama-sama benci dengan pasangan kita. Keserasian ini jadi apabila pasangan kita boleh bertolak ansur walaupun dengan berbeza sikap. Mungkin ada benda yang kita suka tapi dia tidak. Jadi kalau pasangan anda boleh bertolak ansur, itu adalah satu petanda yang baik.

  • Rasa bahagia dan tenang

Semestinya apabila ingin mencari pasangan hidup pasti kenalah ada perasaan seronok dan bahagia tiap kali bersamanya. Itu benda yang biasa tapi perkara yang penting di sini adalah anda berasa tenang apabila bersamanya. Jika mereka mampu bagi ketenangan kepada anda dengan cara yang paling mudah, sudah bagus la tu.

  • Rasa selamat dengannya

Memang naluri semula jadi manusia untuk berasa selamat dengan orang yang kita sayang. Bila pergi mana-mana dengan pasangan anda rasa selamat tak dengan dia.

  • Lebih mendekat diri dengan Allah

Perkenalan yang mulia adalah bila masing-masing berubah ke arah yang lebih baik. Apabila anda dan pasangan saling ingat mengingati satu sama lain dengan perkara yang paling asas sebagai seorang Muslim, maka syabas.

  • Susah senang bersama

Ini yang paling mencabarkan, mampukah pasangan anda kekal disamping anda pada waktu susah dan meraikan keindahan hidup pada waktu senang. Terutamanya bila ingin merancang majlis perkahwinan, pelbagai jenis cabaran yang bakal anda harungi. Jika pasangan anda masih boleh bersabar dan tenangkan hati anda, maka bagus lah.

Artikel Berkaitan   Tidak Pernah Terfikir, Bekas Juruterbang Gaji RM50K Sebulan Terpaksa Jual Makanan Di Gerai Pakai Baju Juruterbang

kredit zayan