Kantoi! Isu Di Sebalik Dokumentari Al Jazeera Terbongkar, Minta Kru Sendiri Berlakon Jadi Tahanan Pati & Pesakit.

Isu Di Sebalik Dokumentari Al Jazeera Terbongkar, Suruh Kru Sendiri Berlakon Jadi Tahanan Pati & Pesakit. | Pembikinan dokumentari Al Jazeera ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ yang disiarkan oleh stesen tv Al Jazeera telah memburukkan nama Malaysia di arena antarabangsa.

Fakta yang kurang tepat serta cubaan memburukkan negara mengenai layanan terhadap warga asing ketika situasi pandemic COVID-19 bukan saja membuatkan seluruh rakyat Malaysia bangkit marah malah pihak kerajaan juga menuntut Al Jazeera mengemukakan bukti kukuh dan meminta maaf.

Ramai pihak melihat Al Jazeera mempunyai kepentingan tertentu kerana melaporkan berita tidak tepat sedangkan negara sudah memberikan 101 peratus demi menyelamatkan nyawa pendatang tanpa izin yang telah dijangkiti.

Terkini, di sebalik isu Dokumentari Al Jazeera tengah panas, seorang Pegawai Penerangan Malaysia, atas nama Anna Amdan di fbnya telah berkongsi kisah di sebalik pembikinan dokumentari tersebut. Malah beliau turut berkongsi call card penyampai yang juga wartawan kanan 101 East Al Jazeera English Program, Steve Chao yang dalam perkongsian di fbnya malam tadi.

Rupanya memang ada isu dengan Dokumentari Al Jazeera ini kerana Al Jazeera “berlakon” termasuk menyuruh krewnya berlakon menjadi Pati dan juga pesakit ketika pembikinan dokumentari itu dilakukan.

Pergh, memang panas. Ternyata Al Jazeera tiada kredibiliti dalam menyampaikan maklumat benar, seolah-olah ada udang di sebalik mi mengenai pembikinan dokumtari ini. So korang bacalah sendiri perkongsian pegawai penerangan ini.

Baca perkongsian ditulisnya mengenai isu Dokumentari Al Jazeera

Harap kali ini AlJazeera bertemu buku dengan ruas!!!. Allahu Akhbar! Bukan kali pertama membuat onar memburukkan nama negara kita.

Macam mamat hensem Steve Chao ni konon buat dokumentari nak tunjuk perkhidmatan kesihatan kita yang prihatin tanpa mengira bangsa, kaum, warganegara. Beriya-iyelah kita membuat persiapan membantu proses pengambaran, bukannya susah pun memang setiap hari doktor-doktor kita merawat warga asing, legal ke illegal ke stateless ke semua ada.

Artikel Berkaitan   “Tiada Apa Yang Saya Dapat Lakukan Kecuali Memangku Jasadnya Yang Sudah Tidak Bernyawa Selain Berdoa”

Yang utama adalah ‘meneyelamatkan nyawa’!. Tuh belum lagi yang cerita doktor dengan nurse kat wad pungut duit belikan tiket kapal terbang, eh macam-macamlah kita buat bantu mereka ni.

Kalau dekat negara mereka? Ada duit? Ada insurans? Itu yang doktor tanya dulu baru rawat. Kita? Rawat dulu!!! Rupanya lain yang dirakam lain yang dikata. Mereka kata kita tidak memberikan rawatan kepada warga asing.

Siap pulak tiba-tiba dalam dokumentari tu ada pesakit di wad duduk atas katil yang sebenarnya pelajar intern orang Sarawak yang merupakan salah seorang krew mereka yang kononnya pesakit warga asing yang kita tidak rawat sewajarnya.

Memang hati rasa tak sedap masa terima permohonan mereka tapi sebab ada lampiran surat kelulusan DG waktu itu maka kita pertimbangkanlah.

Bukan setakat perkhidmatan kesihatan khususnya HKL sahaja yang KENA tetapi pihak Imigresen juga ditipu hidup-hidup oleh spesis ini. Mereka masuk ke pusat tahanan kalau tak silap area Negeri Sembilan, kononnya nak buat CSR yang diketuai oleh seorang paderi.

Rupanya paderi olok-olok tu pakai kamera kecil yang diletakkan dalam jubahnya. Memanglah pusat tahanan kita bukan macam hotel 5 bintang, tapi makan 5-6kali free sehari tu apa citer.

Sambil memberi goodies mereka berlakon, ada sahaja krew mereka yang tiba-tiba menjadi orang tahanan jadi-jadian. Samalah seperti di wad dahulu tu. Patutlah bila aku selidik macam-macam pasal krew jadi-jadian tu mereka tak berapa nak layan. Rupanya ada udang di sebalik mee goreng mamak.

Berombonganlah selepas itu, aku, wakil imigresen, Wisma Putra, entah mana lagi agensi terlibat dipanggil oleh MKN gara-gara mamat AlJazeera hensem. Berkajanglah pulak nak membuat report tentang isu Dokumentari Al Jazeera.

Artikel Berkaitan   Geram Isteri Enggan Rujuk Semula, Lelaki Ini Bertindak Gila Dengan Menikamnya Sehingga Mati

Akhir kalam don’t judge the book by it’s cover hehehe.

kredit kataustaz