“Naik Bulu Roma Macam Ni” Lif Outdoor Tertinggi Dunia, Tengok Video Dah Seram, Korang Sanggup Naik?

Bertempat di Taman Hutan Zhangjiajie di China, terdapat satu tarikan iaitu lif outdoor tertinggi di dunia.

Hanya mengambil masa 88 saat, lif yang dikenali sebagai Bailong Elevator itu mampu membawa penumpang naik pada ketinggian puncak 300 meter, menghadap tebing dan kawasan pergunungan.

Tarikan lif tertinggi di dunia dikawasan ini boleh menggalakkan pelancongan domestik, susulan daripada penularan wabak COVID-19 di China.

“Struktur geologinya sangat sesuai untuk diletakkan lif sebagai alat pengangkutan.

“Sebelum ini, hanya ada kereta kabel dengan kapasiti terhad, jadi pelancong harus menunggu lama,” kata Liu Jie, pengarah syarikat yang menguruskan lif berkenaan.

Disebabkan wabak COVID-19, jumlah pelancong mula berkurang kepada 8,000 sahaja setiap hari, berbanding sebelumnya kira-kira 14,000 pelancong.

Harga tiket bagi menaiki lif berkenaan adalah 129 Yuan, atau kira-kira RM80.

Selain menaiki lif, pengunjung boleh berjalan kaki menuju puncak gunung dengan mengambil masa tiga jam.

kredit era

Artikel Berkaitan   Bau Aneh Daripada Sebuah Rumah Membongkar Penemuan Mayat Seorang Pensyarah UITM