Seorang lelaki dari Australia sama sekali tidak menyangka boleh bertemu semula dengan dompetnya yang pernah hilang 25 tahun lalu.
Dompet berkenaan ditemui Joseph Bewes ketika berjalan di pantai Lennox Head, New South Wales, sebelum beliau berkongsi foto di sebuah laman komuniti bagi mencari pemilik asalnya.
“Paul G Davis. Jumpa dompet awak di pantai.
“Maaf, semua kad awak sudah tamat tarikh pada 1995, tetapi 5 dolar Australia (RM15) masih dalam keadaan baik.
“Awak baru saja membeli kopi dari 25 tahun lalu,” tulisnya dalam hantaran terbabit.
Perkongsian Bewes itu nyata menarik perhatian ramai, sehinggakan pemilik asalnya dapat dikesan.
“Pemiliknya sudah ditemui! Saya mengesahkan dompet itu milik sepupu suami saya. Hilang pada malam tahun baharu pada 1994,” komen Jodie Roberts.
Paul seakan tidak percaya apabila melihat dompetnya itu masih dalam keadaan baik.
“Paul terus mengingati dompetnya yang hilang itu. Wang dolar itu masih baik walaupun macam ada kesan terbakar sedikit.
“Paul mengambil dompetnya pada petang Jumaat,” katanya.
kredit era