Taugeh Ni Simpan Dalam Sejuk Cepat Je Layu Tak Maya. Ini Cara Simpan Taugeh Yang Betul

Sakit hati bila tengok taugeh yang disimpan layu dan lebam kan? Daripada teruja nak masak terus hilang selera nak masak menu yang diidamkan.

Untuk anda diluar sana, ini kami kongsikan petua untuk pastikan taugeh simpanan anda tahan lebih lama, segar dan tidak lebam. Selamat mencuba!

Bahan – Bahan:

  • Taugeh
  • Air Bertapis
  • Asam Gelugur

Cara – caranya:

  • Bersihkan taugeh dan kemudian toskan.
  • Masukkan asam gelugur ke dalam air ( sudah disediakan dalam bekas)
  • Biarkan asam gelugur terendam selama 5 hingga 10 minit.
  • Kemudian masukkan taugeh ke dalam bekas tersebut dan simpan dalam peti sejuk.

Selamat mencuba!

kredit syok

Artikel Berkaitan   Hukum Menikahi Sepupu Menurut Islam...Ramai Yang Tak Tahu,Rugi Tak Baca