Alat Pengesan Pernah Sampai Di Planet Zuhrah Dan Saintis Terkejut Mendengar Bunyi “Alien” Berjaya Dirakam

Planet Zuhrah, juga disebut Venus atau Kejora, merupakan planet kedua yang terdekat dengan Matahari. Planet ini melengkapkan kitaran orbit pada 224.7 hari Bumi.


Dikenali juga sebagai planet alien, satu rakaman menerusi YouTube V1010 Science berkongsi bunyi yang dirakam oleh probe Rusia, Venera 14 yang pernah mendarat di Zuhrah pada 1982.

Bunyi yang dirakam itu jelas kedengaran bunyi angin serta guruh di planet asing yang jelas kelihatan ketika Venera bergerak dipermukaan Zuhrah.

Terdapat juga beberapa foto di permukaan Zuhrah yang menguatkan teori tentang kehidupan lain di planet berkenaan.

Penemuan fosfina di atmosfera Zuhrah yang merupakan sejenis gas terbentuk daripada hidupan mikrob bumi menguatkan lagi fakta akan kewujudan hidupan pada planet ini.

Ramalan akan kehidupan di Zuhrah juga telah dibuat sejak 1967 oleh astronomi Amerika Syarikat, Carl Sagan.

Apa pendapat anda?

kredit era