Mahkamah Terkejut Wanita Ini Saman Kekasihnya Gara-Gara Lama Sangat Bercinta Tapi Tidak Kahwin Sampai Sekarang

Seorang wanita dari Zambia telah bertindak menyaman teman lelakinya kerana tidak menunaikan janji untuk berkahwin meskipun mereka sudah lama bercinta.

Dikenali sebagai Gertrude Ngoma, beliau menjalinkan hubungan bersama Herbert Salaliki selama lapan tahun dan mendakwa lelaki itu berjanji mahu mengahwininya.

Bagaimanapun sekian lama menunggu, wanita ini kecewa lalu mengheret teman lelakinya ke mahkamah kerana menganggap lelaki itu tidak serius mengenai hubungan mereka.

“Dia tak pernah serius, sebab itu saya bawanya ke mahkamah kerana saya layak mengetahui rancangannya demi masa depan kami, “ kata Ngoma.

Pasangan yang sudah mempunyai anak ini telah mengatur pembayaran mas kahwin, mengikut kepada tradisi mereka.

Menurut teman lelakinya, beliau mengakui tidak mempunyai wang yang cukup bagi melangsungkan majlis perkahwinan, selain mendakwa teman wanitanya itu tidak memberikan perhatian selayaknya.

Itu yang menjadi alasan mengapa beliau tidak mahu mengahwini teman wanita itu lagi.

Mahkamah yang mengendalikan kes berkenaan menasihatkan agar pasangan ini menyelesaikan isu berkenaan di luar mahkamah sahaja.

kredit era

Artikel Berkaitan   Membuang Air Besar Mengikut Cara Islam.. Subhanallah. Jangan Terkejut Apa Bakal Terjadi Kalau Tidak Amalkan..