Seorang pengantin wanita dari Indonesia telah menjadi tular baru-baru kerana meraung dan menangis teruk apabila melihat bekas kekasihnya datang di majlis perkahwinannya.
Lelaki yang dikenali sebagai Dayat dari Lombok Barat, naik ke atas pelamin bagi bertemu kedua-dua pengantin. Namun selepas sahaja beliau memeluk pengantin lelaki, si pengantin perempuan mula meraung dan keadaan menjadi huru hara.
Akibatnya, lelaki itu diminta untuk turun dari pelamin dan meninggalkan majlis.
Menurut Kompas, Dayat hadir ke majlis perkahwinan itu kerana mendapat undangan daripada keluarga tersebut. Beliau juga tidak mempunyai sebarang niat mahu menimbulkan kekecohan dimajlis perkahwinan berkenaan.
“Niat saya baik datang ke sana, malah saya rela lho dari Lombok Barat sampai Lombok Timur, demi melihat kedua mempelai bahagia tersenyum manis keluar dari bibirnya, dan saya juga ikut senang jika dia senang atau bahagia,” kata Dayat.
Video kekecohan di majlis perkahwinan berkenaan juga telah tular di laman sosial sejak hujung minggu lalu.
kredit era