Ramai Yang Salah Anggap, Boleh Guna Minyak Masak Berulang Kali Asal Warna Tidak Berubah, Ini Yang Anda Perlu Tahu!

Minyak masak merupakan salah satu elemen penting yang perlu ada di dapur setiap rumah kita. Persoalannya, berapa kerapkah anda menukar minyak masak?


Menurut statistik, secara purata dua kilogram minyak masak digunakan dalam sebulan oleh setiap daripada isi rumah di Malaysia.

Manakala, 45 peratus membuang minyak masak terpakai terus ke dalam sinki atau tong sampah, yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.

Ada juga yang masih mengulang pakai minyak masak selagi ia tidak bertukar warna hitam, dengan alasan ia masih elok untuk digunakan.

Namun begitu, tindakan menggunakan minyak masak berulang kali adalah membahayakan kerana ia akan menyebabkan pelbagai penyakit kerana wujudnya radikal bebas dan lemak dalam minyak tersebut.

Lemak yang tidak boleh teroksida ini akan membentuk rantaian asid lemak dan boleh membentuk radikal bebas sekiranya pecah. Radikal ini pula membentuk polimer bersifat karsinogenik seterusnya menyebabkan berlakunya kanser.

Selain itu, penggunaan minyak terpakai juga boleh menyebabkan batuk dan juga sakit keronkong, meningkatkan kolestrol dan menyebabkan salur darah tersumbat seterusnya menjadi penyebab kepada serangan jantung!

kredit zayan