Gadis Buat Netizen Binggung Bela Seekor Nyamuk Dan Menunjukkan Cara Dia Beri Makan

Seorang gadis di Indonesia membuatkan netizen bingung apabila mendedahkan membela seekor nyamuk sebagai haiwan peliharaannya.

Nyamuk yang diberikan nama Molly itu dipelihara oleh gadis yang menggunakan akaun Tiktok @michelleeserafin, dengan menunjukkan cara-cara memberikannya makan.

“Ini adalah cara bagaimana saya memberi Molly makan,” tulisnya pada status video berkenaan.

Video itu menunjukkan gadis itu mendekatkan botol yang menyimpan nyamuk pada kakinya sebelum penutup dibuka bagi membolehkan Molly terbang.

Selepas selesai nyamuk itu menghisap darah pada kaki tuannya, gadis berkenaan akan memasukkan Molly kembali ke dalam botol.

@michelleeserafin

Smoga bermanfaat ya gais 💕✨ #fyp #fypシ

♬ original sound – MichFin🧁 – MichFin🧁

Rata-rata pengikut dan pengguna media sosial lain merasa hairan dan bingung melihat video gadis tersebut yang menjadikan serangga itu sebagai haiwan peliharaan.

“Kalau nyamuk itu boleh bercakap, pasti ia akan beritahu kamu ia mampu cari makan sendiri,” ujar salah seorang pengguna.

kredit era

Artikel Berkaitan   Jangan Lakukan 3 Perkara Ini, Memang Kerap Kita Lakukan Tapi Sebenarnya Sangat Merbahayakan Otak