“Aku Kerja Di Dalam Bidang Oil And Gas, Dengan Gaji 5 Angka Sebulan. Masalahnya Dari Dulu Isteri Akan Controi Duit Gaji Aku”

Aku kerja di dalam bidang Oil and Gas, dengan gaji 5 angka sebulan. Masalahnya dari dulu isteri akan controI duit gaji aku. Dari 5 angka gaji aku, aku cuma boleh merasa RM2k je. Duit hilang kat akaun 50 hingget pun tanya apa yang aku buat dengan RM50 tu..


Assalamualaikum min. tolong siarkan kisah aku. Aku nak minta pendapat ramai tentang permasalahan aku. Aku lelaki berumur 35 tahun dah berkahwin selama 12 tahun dan mempunyai 4 orang anak, Alhamdulilah. Berkahwin atas dasar cinta. Aku orang pantai timur dan isteri aku orang Perak. Kami tidak setiap hari berjumpa memandangkan aku bekerja sebagai seorang burvh kasar di tempat lain manakala isteri aku bekerja di sektor kerajaan (kami berjumpa seminggu sekali atau 2 minggu sekali). Tapi setiap hari aku call bertanya khabar walau pun isteri aku ni jenis tak ambil berat sangat pasal aku. Walau macam mana pun min, income aku tetap lebih dari dia. Income aku dalam 5 angka (o&g).

Ok, dipendekkan cerita. Gaji aku dicontrol sepenuhnya oleh isteri aku. Dari 5 angka gaji aku, aku cuma boleh merasa 2k je min. Setiap bulan dia akan cek bila gaji aku keluar dan dia akan transfer 2k untuk aku pakai kat acc lain. Manakala balance yang lain – lain semua dia uruskan, macam bayar kereta, rumah, anak – anak dan sebagainya. Untuk pengetahuan, aku tak pernah pun tanya dia apa yang dia buat dengan balance gaji aku tu. Tapi ada jugak aku nampak dia pakai gelang baru. Dan sebagai lelaki aku pun tak pernah tanya apa dia buat dengan gaji dia . Yang aku tahu, semua hutang – hutang yang ada tiap bulan dia lah yang bayar (pakai duit gaji aku).

Dia nak sangat control duit aku sedangkan aku penat bekerja siang malam. Duit hilang kat akaun 50 hingget pun tanya apa yang aku buat dengan RM50 tu. Sampai aku terfikir yang aku ni ibarat kuIi aje dalam rumahtangga kami. Dia ibarat ketua keluarga yang uruskan segalanya. Sebelum ni pernah berbicang tapi tak ada jalan penyelesaian sebab isteri aku jenis tak nak dengar pendapat aku. Kalau A kata dia, A lah, tak boleh tukar B dah! Aku bersabar jadi suami yang telan segalanya walau pun pahit sebab aku tak nak bermasam muka. Dahlah kami tak selalu jumpa.

Kalau sekali sekala aku balik pulak dapur sentiasa bersepah. Pinggan mangkuk kadang seminggu tak basuh. Kain baju gitu jugak. Anak – anak pun nasib baik ada adik – adik aku yang dia orang boleh tengok – tengokkan (rumah aku berdekatan dengan bapak aku). Banyak lagi, tapi biarlah aku telan. Dia suka control duit gaji aku dan bukan nak cakap isteri aku tu pemalas, walaupun dia rajin masak tapi bila bab kebersihan dia langsung tak ambik kira.

Anak – anak pon di jaga asal boleh je. Bila masa aku ada, walau pun penat aku tetap tolong wife aku. Bersihkan dapur, kemas rumah, basuh baju sidai baju tu memang kerja aku (kalau aku ada kat rumah), ajar anak – anak buat kerja sekolah. Kadang aku terpikir, apa yang isteri aku buat bila selalu aku tak ade. Utamanya dekat sini, pada aku lah, aku tak ade bagi kurang apa pun dekat dia. Dari segi zahir dan batin semua cukup. Makan, pakai semua cukup.

Tapi kadang – kadang bila pikir selama 12 tahun aku sabar and aku dah pernah cakap elok – elok pasal benda – benda ni tetap tak ade jalan penyelesaian, malah dia pulak sibuk cari salah aku. Aku cuba redha untuk segalanya tapi aku manusia biasa yang kadang – kadang iman aku k0yak jugak!. Aku tak merok0k, tak kaki cIub, tak kaki perempuan. Aku cuba jadi suami dan ayah yang terbaik. Tapi aku tak rasa isteri aku hargai aku sebagai seorang suami. Aku selalu terfikir sampai bila nak jauh dari keluarga and hidup sendiri macam orang bujang di tempat lain.

Aku cuba untuk rancangkan sesuatu pasal kewangan aku tapi masalah bila isteri aku tak bagi sentuh langsung bab perbelanjaan walau pun tu sebenarnya dari titik peluh aku. 100k sekarang tak kan sama nilainya dengan 100k 5 tahun akan datang. Tapi jalan buntu yang aku dapat bila berbincang dengan dia. Bila cakap pasal benda ni selalu berakhir dengan masam muka and macam biasa kesalahan diletakkan kat bahu aku. Aku lelaki biasa min. Yang ada hati dan perasaan jugak. Dia selalu buat aku kecewa dan aku pend4m walau pon pada zahirnya aku tersenyum.

Duhai isteri, ketahuilah hati suami mu ini yang kurang disenangi oleh cara mu yang banyak membuatkn abang menangis dalam diam. Runtvhkan sedikit eg0 mu agar keluarga kita dapat bertahan hingga ke akhir hayat.

kredit FB offshore life