Selalu terjadi bila beli baju dan basuh, warnanya luntur. Lagi frust kalau belum pun pakai lagi tapi baju dah bertompok dan comot.
Sudahnya ada yang buang atau simpan terus dalam stor. Sebenarnya kalau berlaku kejadian warna baju luntur ada cara yang boleh dilakukan untuk hilangkan warna yang turun tanpa menjejaskan corak (jika ada).
Cara ini dikongsi oleh Faryna Mohd Khalis yang mempraktikan tips diberi oleh warganet untuk baju batiknya yang luntur warna.
Colour corak batik seluruh kain menurun. Rasa macam nak nangis & down jap! Baru beli kot, tak buat baju lagi.
Tapi alhamdulillah berjaya hilangkan tompok-tompok hasil perkongsian ilmu warga net. Bestnya, tip yang diberi tak effect pun corak & warna batik asal, masih elok remain cantik. Jadi saya share ilmu ini ya.
Bahan yang digunakan :
-Lemon
-Sedikit sabun serbuk
-Air panas
-Sedikit air paip
(Kain saya ini jenis cotton, kalau material lain or nipis tak sure sesuai atau tidak rendam dengan air panas).
Cara-cara :-
- Cuma rendam dalam 5-10 minit
- Walaupun rendam sekejap tapi semua kesan tompok warna biru yang turun pada bahagian putih hilang.
- Bilas dengan air bersih & sidai. Siap! Selamat mencuba.
INFO
Tip yang sama boleh juga dipraktikkan sekiranya berlaku kejadian baju putih berubah warna akibat penggunaan peluntur. Cuma rendam guna bahan dan kaedah yang sama selama 20 minit atau lebih sekiranya belum hilang.
kredit vanilla kismis