Yang Nak Keluar Duit Bermula Minggu Ni, Sila Cek Waktu Terbaru Mesin ATM Beroperasi

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah berkuatkuasa sehingga 31 Mac ini, Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan bahawa mesin pengeluaran wang automatik (ATM) serta terminal layan diri hanya akan beroperasi dari jam 7 pagi sehingga 10 malam sahaja.

Perkhidmatan perbankan online seperti perbankan elektronik bagaimanapun tidak terjejas dan beroperasi sepenuhnya setiap masa kerana perkhidmatan E-commerce termasuk dibawah kategori perkhidmatan penting negara (essential services).

BNM juga menasihatkan orag ramai agar menghadkan penggunaan servis di kaunter dan menggunakan perkhidmatan perbankan secara atas talian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tambah lagi, mesin ATM akan beroperasi sepenuhnya di lokasi yang tidak terjejas dengan PKP dalam tempoh berkenaan.

Sumber: BNM

Artikel Berkaitan   Korea Utara Haram Pakai Jeans Kerana Takut Rakyat Akan Melawan Kerajaan Terpengaruh Dengan Budaya Barat