Wanita Hampir Diperkosa, Anjing Datang Sebagai Penyelamat “Mana Satu Anjing Ni, Perompak Atau Anjing?”

Baru-baru ini, satu perkongsian oleh seorang warganet tular di Facebook yang memaparkan seekor anjing di Taman Istimewa, Johor Bahru menyelamatkan mangsa dari bahaya.

Warganet yang bernama O Tak Tan itu merupakan jiran kepada mangsa dan telah tersedar dari jeritan didengari dari rumah mangsa awal pagi Isnin lalu.

Sumber: Facebook

Beliau menyatakan bahawa jirannya yang tinggal di hadapan rumahnya itu menjerit apabila seorang perompak menceroboh rumah mangsa.

Dengan itu, O Tak Tan terus membawa anjing peliharaannya ke rumah mangsa bagi menyelamatkan jiran tersebut.

Menurut hantaran di Facebook, Tan mendakwa suspek telah menggunakan objek tumpul untuk memukul mangsa selepas cuba untuk perkosa.

Sumber: Facebook

Anak perempuan kepada mangsa pun mula menjerit untuk mendapatkan pertolongan.

Suspek terus mencabut lari dengan tangan kosong bila terdengar anjing milik Tan itu menyalak di hadapan rumah mangsa.

Peristiwa tersebut berjaya meraih 3,300 kongsian dan turut mendapat reaksi positif daripada rata-rata warganet.

Sumber: Facebook

Jadi, yang mana satu anjing sebenarnya, anjing atau perompak yang hendak memperkosa wanita?

kredit i am lejen

Artikel Berkaitan   Ini Sebabnya Jika Kita Membaca Surah Al-Ikhlas, Ia Menyamai Satu Pertiga Al-Quran, Allahukbar!