Wanita Dakwa Matahari Adalah Miliknya Dan Meminta Semua Penduduk Bumi Untuk Membayar Cas Penggunaan Tenaga Matahari Kepadanya

Sepanyol: Seorang wanita yang telah mendakwa dirinya sebagai pemilik matahari ingin menuntut bayaran daripada setiap manusia di bumi yang telah memakai cahaya dari sumber matahari dan juga mana-mana pihak yang mendapat keuntungan daripada penggunaan cahaya matahari.


Wanita yang dikenali bernama Angeles Duran telah mendaftarkan dirinya sebagai pemilik matahari di mahkamah di Spanyol. Angeles yang merupakan warga asal Galicia, Sepanyol mendapat inspirasi sejak 10 tahun yang lalu dari perbuatan seorang lelaki di Amerika Syarikat yang mendakwa dirinya sebagai pemilik bulan dan beberapa planet di sistem suria.

Mengikut undang-undang memang ada kesepakatan antarabangsa yang menyebut bahawa mana-mana negara tidak boleh menuntut pemilikan ke atas benda-benda yang berada di luar angkasa. Namun, menurut Angeles yang pernah menuntut jurusan kejururawatan dan perundangan berkata udang-undang itu masih ada kelompangan kerana ia tidak menyebut tidak boleh dituntut oleh individu atau perseorangan.

“Tak ada larangan untuk itu. Tuntutan didukung hukum. Saya tidak bodoh, saya tahu hukum,” kata Angeles Duran. Oleh karena itu menurutnya, dirinya mahupun orang lain juga boleh menuntut sebagai pemilik sah matahari.

“Saya atau orang lain boleh melakukan tuntutan tersebut. Dalam hal ini, kebetulan saya melakukannya terlebih dulu,” tuturnya. Pada  21 Mac 2021, Angeles telah mengajukan dokumen tuntutan dirinya sebagai pemilik Matahari di mahkamah.

Dalam dokumen itu, Angeles menyatakan beliau sebagai pemilik Matahari dan menuntut bayaran dari setiap manusia yang memanfaatkan tenaga Matahari tersebut. Menurut Angeles, bayaran dari tuntutan tersebut akan di gunakan untuk menghapuskan kemiskinan dan kelaparan di dunia, dan tentu saja digunakan untuk memenuhi keperluan diri sendiri.

Angeles juga pernah menyaman eBay kerana membuang iklannya di website tersebut dimana beliau menjual plot beberapa kawasan di matahari.  Sebelum iklannya dibuang, beliau berjaya mejual sebanyak 1000 plot dan setiap pembeli diberikan sijil.

kredit tun carlos