Inilah 5 Kelebihan Madu Khususnya Jika Kita Sayangkan Jantung Dan Baik Dimakan Sempena Bulan Puasa

Ramai yang dah tau madu asli ni ada banyak kelebihan. Paling terkenal tentunya untuk berikan tenaga dan baik untuk menyembuhkan batuk serta sakit tekak. Sebab itulah madu asli ni dah digunakan sejak turun-temurun dari zaman nenek moyang kita dahulu! Ada banyak lagi kelebihan madu asli ni, jadi tak hairanlah madu asli diangkat sebagai salah satu daripada superfood. Nak tau apa lagi kelebihannya?


  • #1 Kaya dengan antioksida

Madu asli kaya dengan bahan kimia yang baik dan enzim yang bertindak sebagai pengaktioksida yang membantu melindungi sel tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas.

  • #2 Rendahkan paras kolesterol

Kolesterol ni ada dua, satu kolesterol jahat dan satu lagi kolesterol baik. Badan yang tinggi dengan kolesterol jahat akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok. Madu asli bolehlah nyahkan kolesterol jahat daripada bermaharajalela dalam badan.

  • #3 Bekalkan tenaga

Madu asli mengandungi gula yang menjadi sumber tenaga yang baik. Glukosa dapat diserap oleh tubuh dengan cepat untuk memberikan tenaga segera, manakala fruktosa pula diserap lebih lambat bagi membekalkan tenaga yang lebih lama.

  • #4 Baik untuk jantung

Madu asli merupakan pengaktioksida semulajadi yang mampu mengurangkan risiko penyakit jantung dengan cara membesarkan arteri jantung, meningkatkan aliran darah ke jantung dan mencegah penggumpalan darah yang menyebabkan serangan jantung dan strok.

  • #5 Bersifat antibakteria

Madu asli sememangnya berupaya menghapuskan bakteria. Menurut satu kajian, madu asli mampu menghapuskan beberapa jenis bakteria termasuklah E. coli dan salmonella. Ha amacam? Banyak kan kebaikan madu asli ni? Korang dah ready ke belum madu asli untuk bulan puasa ni? Selain kurma, madu ni pun antara makanan yang mesti ada kat rumah korang.

kredit era