3 Jenis Warna Lidah Yang Korang Kena Beri Perhatian, Kalau Ada Salah Satu Ini, Maksudnya Ada Penyak1t

Lidah mampu menunjukkan keadaan kesihatan seseorang selain ia bahagian penting bagi deria rasa manusia. Perubahan warna lidah yang berubah antara tanda awal yang menunjukkan keadaan kesihatan seseorang.  Kebiasaannya, doktor akan memeriksa lidah terlebih dahulu jika membuat pemeriksaan kesihatan. Apakah tanda kesihatan yang dialami seseorang berdasarkan warna lidah?


  1. Merah terang

Lidah sebenarnya memiliki warna merah semula jadi dan sedikit perubahan pada warnya adalah normal. Bagaimanapun warna merah terang biasanya disebabkan oleh kekurangan zat besi dan vitamin B12 yang diperlukan tubuh. Jadi, anda disarankan makan lebih banyak sayuran hijau.

  1. Putih dan bersisik

Lidah yang berubah warna putih dan bersisik berpunca daripada jangkitan kulat iaitu candida di dalam tubuh. Kulat ini sering ditemui dalam badan pesakit diabetes.

  1. Coklat

Lidah berwarna coklat biasanya berlaku pada individu yang merokok dan mengambil minuman beralkohol. Lidah jenis ini datang dengan pakej bau busuk dan sukar merasai rasa makanan.

kredit zayan