Mencari Lailatul Qadar Adalah Impian Semua Orang, Inilah 2 Tanda-Tanda Yang Anda Perlu Tahu Sama Ada Malam Lailatul Qadar Atau Tidak

Lailatulqadar (لیلة القدر‎) merupakan satu malam yang istimewa di Bulan Ramadan.  Lailah bermaksud apabila tenggelamnya matahari sehingga terbitnya fajar (malam). al-Qadar pula bermaksud kemuliaan atau hukum dan ketetapan.

Mungkin anda pernah mengalami situasi begini? Ketahui tanda-tanda berlakunya lailatulqadar; Sebahagian para ulama telah menyebut dalam kitab masing-masing berkenaan dengan sebahagian tanda dan alamat yang mungkin dapat dilihat oleh “sebahagian” hamba Allah yang diizinkan-Nya.

Ini kerana, banyak hadis dan pengkhabaran orang soleh serta riwayat mereka yang telah membincangkan alamat tersebut, antaranya:

  1. Malam tersebut terang dan nyaman dan tidak panas pada paginya

Ubadah bin al-Somit R.A berkata secara marfu’:

Sesungguhnya malam tersebut bersih terang, seolah-olah bulan yang menerangi tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam tersebut dan tidak terlalu panas dan tiadalah tempat bagi bintang untuk dilihat dengannya hingga ke waktu pagi. Dan daripada tandanya bahawa matahari pada waktu paginya keluar dalam keadaan tidak bercahaya dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan syaitan tidak ada tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut.

– Lihat Umdah al-Qari 11/134.

  1. Matahari terbit tidak terang dan tidak panas

Daripada Ubay bin Kaab R.A menyatakan daripada Nabi SAW, sabdanya yang bermaksud:

Sesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut tidak mempunyai cahaya dan kepanasan.” Mengikut riwayat daripada ucapan Ibn Mas’ud berkata:  Sesungguhnya matahari keluar setiap hari antara dua tanduk syaitan, kecuali pagi malam qadar.” 

kredit zayan

Artikel Berkaitan   “Nak…pakcik tak makan lagi”- Mula-mula Kesian Dekat Pakcik Jual Buah Longgok Ni, Tapi Jadi Bengang Lepas Dapat Tau…