Video Detik Lelaki Misteri Berlari Ke Arah Imam Masjidil Haram Mahu Panjat Mimbar Tapi Dihalang Pengawal Berjaya Dirakam

Seorang pegawai keselamatan Arab Saudi dianggap sebagai wira selepas berjaya menghalang cubaan seorang lelaki menyerang imam yang sedang menyampaikan khutbah ketika solat Jumaat di Masjidil Haram di Makkah.

Memetik laporan Arab News, lelaki tersebut yang memakai ihram dilihat menggunakan tongkat untuk menyerang Sheikh Baleelah sebelum dihalang dan dikenakan tindakan undang-undang.

Video aksi serangan yang disiarkan secara langsung di televisyen pada Jumaat lalu itu turut dimuat naik menerusi akaun Haramain Sharifain di laman sosial Twitter.

Rakaman berdurasi 11 saat itu memaparkan lelaki berkenaan telah berlari mahu menuju ke atas mimbar sebelum anggota keselamatan, Mohammed Al-Zahrani berjaya menghalang dan bergelut dengan suspek sehingga jatuh ke lantai.

Difahamkan, Syeikh Baleelah tetap menyampaikan khutbahnya walaupun kejadian tersebut berlaku di depan mata dan hampir mengundang bahaya terhadap dirinya.

Berikutan itu, rata-rata warganet memuji tindakan pantas Al-Zahrani dalam menjalankan tugas selain mendoakan seluruh umat Islam agar sentiasa dilindungi Allah SWT.

kredit borak daily

Artikel Berkaitan   [Video] “Macam Mana Bayi Merangkak Atas Jalan Sorang-Sorang Ni” Ibu Kanak-Kanak Ini Dikecam Gara-Gara Tidak Menjaganya