Media sosial menjadi fenomena masa kini dan pastinya ia bukan satu aplikasi asing bagi golongan muda yang lazim menunjukkan bakat seperti tarian dan aksi lucu dengan berlatar belakangkan pelbagai genre muzik.
Kini, pendakwah turut mempunyai akaun TikTok dan menghasilkan video pendek untuk menyampaikan ilmu agama dan dakwah dalam bentuk yang lebih menarik.
Jumlah tontonan yang tinggi membuatkan lebih ramai pendakwah menyedari platform ini berguna bagi merapatkan lagi jurang antara golongan lebih-lebih lagi ketika pandemik ini.
Bagi pendakwah dan penceramah bebas Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani, beliau mengakui TikTok mampu mendekatkan generasi muda dalam menyampaikan dakwah.
Malah, beliau mendapat perhatian apabila mempunyai lebih 746,000 pengikut menerusi aplikasi itu.
“Saya dapati ramai terutamanya remaja menggunakan aplikasi TikTok, jadi saya ambil pendekatan di mana orang ramai berada, maka di situlah dakwah Islam perlu dilakukan mesti ada agar mereka tidak terus leka.
“Apabila ada ‘peringatan’ dan info-info tentang agama Islam, masyarakat tidak akan terus terbuai dengan arus dunia sebaliknya hidup dalam keadaan lebih berfokus dan bermanfaat,” katanya
Malah, Ustaz Adnin Roslan dan Imam Muda Asyraf turut berdakwah di platform TikTok bagi menyebarkan ilmu berkaitan agama dengan cara yang lebih santai untuk golongan muda.
kredit zayan