Terbeli Telur Ayam Saiz Besar Dari Yang Lain, Sekali Lepas Pecahkan Telur Tersebut, Ini Benda Yang Paling Tidak Sangka Terjadi

Bagi sesiapa yang membela ayam di rumah, semestinya biasa melihat pelbagai saiz dan jenis telur. Baru-baru ini, viral sebuah video yang dimuat naik oleh wanita bernama Meg di laman TikTok mengenai sebutir telur yang dihasilkan oleh ayamnya.

Telur saiz gergasi

Apa yang menarik perhatian adalah saiz telur tersebut  kelihatan agak besar dari kebiasaan. Ia dikatakan hampir sekali ganda berbanding telur ayam biasa.

Malah, beratnya juga mencapai sehingga 150 gram. Wanita tersebut kemudian membelah telur itu untuk melihat apakah isi di dalam telur itu.

Telur di dalam telur

Alangkah terkejutnya apabila dia mendapati telur berkenaan mengandungi telur kuning,putih telur dan sebutir lagi telur di dalamnya yang bersaiz biasa. Fuh unik!

@megss__b

just ✨farm things✨ 😂🤪

♬ original sound – meg 🌻

Raih 2 juta tontonan]

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 26.6M views. Rata-rata netizen juga turut teruja dan gembira dengan kejadian telur ‘luar biasa’ itu.

Selain itu, terdapat juga warganet yang berkongsi cerita bahawa mereka pernah menjumpai telur yang sama.

kredit buzzkini

Artikel Berkaitan   “Ini Bukan Benda Lawak Untuk Ditonton Ramai Cikgu”. Keluarga Terkilan Tindakan Guru Tular Anaknya Di Media Sosial