6 Petua Hapuskan Anai-Anai Yang Merosakkan Harta Kita Dengan Mudah Dan Berkesan

Ada seorang follower facebook saya bertanya bagaimana hapuskan anai-anai yang menganggu tanaman, katanya pokok duriannya habis diserang anai-anai pada bahagian akar. Ini boleh menyebabkan pokok durian tersebut mati perlahan-lahan tanpa kita sedari.


Tanda-tanda pokok diserang anai-anai ialah anda boleh lihat daun pokok mula kering di bahagian atas. Daunnya jatuh satu persatu sehingga tinggal ranting.

Artikel kali ini saya akan kongsikan cara untuk menghapuskan sarang anai-anai yang menganggu tanaman atau kawasan rumah anda. Anai-anai ini kalau tidak dibendung dari awal ia akan menyebabkan kerugian harta benda seperti perabot rumah serta tanaman kita.

Cara-cara:

1. Minyak Tanah

Minyak tanah ni terhasil dari penyulingan petroleum yang mempunyai bau yang agak kuat. Hampir semua serangga takut dengan minyak tanah ni. Cuma sembur atau tuang pada kawasan yang menjadi sarang anai-anai, kalau nak lebih berkesan campurkan dengan minyak serai pada minyak tanah.

2. Jemur di Tempat Panas

Anai-anai suka tinggal di tempat yang lembab dan gelap. Biasanya anai-anai ni suka bersarang pada perabot rumah. Cepat-cepat jemur perabot tersebut di bawah matahari supaya anai-anai tidak menghuni tempat tersebut.

3. Air Basuhan Beras


Air basuhan beras juga berkesan untuk menghalau keluar anai-anai. Caranya amat mudah iaitu anda hanya perlu menyembur air basuhan beras pada sekeliling tempat yang dihuni oleh anai-anai.

4. Tembakau

Selain itu, Tembakau juga boleh menghalau anai-anai. Rendam tembakau dalam air dan biarkan semalaman. Ini bertujuan untuk mengeluarkan sari yang terdapat dalam tembakau tersebut. Keesokkan paginya. siram atau sembur air tersebut pada sarang anai-anai.

5. Garam Dapur

Ambil sejumlah garam dan tabur pada kawasan sarang anai-anai. Serangga perosak itu akan melarikan diri dari garam kerana sifatnya yang panas. Kalau nak lebih berkesan, campur sejumlah garam dengan air rendaman tembakau. Semburkan campuran tersebut pada lubang-lubang yang dihuni oleh anai-anai.

6.Air Kapur Sirih
Pastikan anai-anai dihapuskan daripada ia bermaharajalela di kawasan rumah atau tanaman anda. Pastikan sarang anai-anai dihapuskan dariawal bagi mengelak kerugian harta benda dan tanaman seperti pokok durian.


Anai-anai juga sangat tidak menggemari kapur sirih kerana bersifat panas jika terkena pada tubuh mereka. Tambahan pula, anai-anai ni mempunyai kulit yang tipis dan lembut. Oleh itu, langkah ini sangat berkesan untuk membasminya. Caranya ialah dengan menyiramkan air kapur sirih pada tempat sarang anai-anai tersebut.

7. Racun

Antara pilihan terakhir selain daripada menggunakan khidmat syarikat kawalan serangga perosak atau Pest Control ialah dengan menggunakan racun anai-anai. Caranya cukup mudah, anda beli sahaja racun anai-anai yang ada di kedai pertanian. Gunakan racun mengikut sukatan yang betul.

Secara asasnya, terdapat dua jenis racun anai-anai iaitu jenis;

i) Repellant (eg. Bifenthrin, Chemicide dans sebagainya)
ii) Non-repellant (eg. Insert Repellent)

Selamat Mencuba!