RAIH PENDAPATAN DENGAN TIDUR SELAMA 5 JAM

Streamer terkenal Taiw4n pada baru2 ini telah menc3tuskan kontroversi di media sosial susulan memperolehi sekitar $ 3,000 (RM 12142.50) dengan hanya menyiarkan dirinya tidur secara langsung selama lima jam kepada ribuan peminatnya, lapor Oddity Central.Wang Yiming, yang merupakan seorang bekas angg0ta kumpulan pop Cina-Malaysia AMOi-AMOi, telah menyertai platform Twitch sejak akhir tahun lalu sejurus s3lepas kumpulan muziknya berpecah.Sejak dari itu, dia dilaporkan telah m3njadi s4lah seorang streamer yang paling popular di Taiwan.


Dia biasanya bermain permainan video dan bersembang dengan peminatnya, namun pada petang semalam, dia telah memutuskan untuk mencuba sesuatu yang baru.Dia telah log masuk ke dalam akaun Twitchnya sekitar jam 5 petang, tetapi bukan untuk menjalankan rutin kebiasaannya, sebaliknya dia terus baring di atas katilnya dan tidur sehingga kira-kira pukul 10 malam.Selama itu, dia telah berjaya menarik puluhan ribu penonton, dengan jumlah penonton di waktu puncak dilaporkan seramai 11,200 orang.Apa yang dilakukan oleh Wang Yiming semasa stream itu hanyalah memakai topeng mata dan tidur semata, namun dia telah berjaya menjana pendapatan sekitar $ 3,000 (RM 12151.50) hasil daripada sumbangan penonton, ditambah dengan pendapatan iklan mengikut jumlah penonton yang menonton stream tersebut.

Apabila bekas penyanyi itu bangun dari tidur, dia terkejut setelah melihat beribu-ribu orang telah memerhatikannya tidur selama kira-kira 5 jam. Walaupun dia langsung tidak melakukan apa-apa semasa stream tersebut, namun dia telah menjadi top streamer selama 5 jam itu.

 

Menariknya, stream tidur ini telah menjadi satu trend di Twitch serta platfrom stream yang lain. Sejak dua tahun yang lalu, ramai streamer popular telah melakukan stream tidur ini, dengan segelintir daripada mereka membenarkan penonton mereka mengejutkan mereka melalui sumbangan yang diberi.

Sumber: Oddity Central | SiakapKeli