Tak Dapat Beri Hadiah ‘Birthday’, Isteri Terharu Suami Hanya Mahu Doa

emberian hadiah kepada pasangan adalah menjadi tanda kasih sayang, menghargai pengorbanan setelah bersama antara satu sama lain melalui pelbagai liku serta cabaran dalam rumah tangga.

Bagi seorang wanita yang dikenali sebagai Anissah ini, dia mengakui sedih apabila tidak dapat memberikan sebarang hadiah ketika ulang tahun kelahiran suaminya baru-baru ini.

Jauh di sudut hati, wanita berusia 19 tahun itu sudah semestinya berhasrat ingin membelikan sesuatu untuk suami tercinta namun katanya dia belum menerima gaji bulanan lagi.

@nunissah_☺️#fypシ #kawinmuda #foryoupage

♬ original sound – Aminiasman – Aminiasman

“7 November hari lahir dia tapi gaji aku tak masuk lagi. Sebelum solat, aku menangis depan dia. Aku cakap tak dapat nak bagi apa-apa untuk kali ni,” tulisnya dalam satu video dikongsi di aplikasi TikTok.

Memahami situasi pasangan, suami Anissah sebaliknya tidak kisah mengenai perkara tersebut malah hanya memerlukan doa sebagai hadiah daripada wanita berasal dari Taiping, Perak itu.

“Dia cakap tak apalah, janji doakan dia. Insya-Allah, ada rezeki saya bagi untuk awak,” kongsinya lagi.

Rakaman video berdurasi 20 saat itu memaparkan mereka menunaikan solat jemaah bersama sebelum masing-masing mengaminkan doa yang dipohon.

Meninjau reaksi warganet, rata-rata memuji pasangan itu yang dilihat ‘sweet’ selain berasa ‘sendu’ kerana belum mendirikan rumah tangga.

@nunissah_Alhamdulillah☺️🤍💍 #fypシ #kawinmuda #foryou

♬ bunyi asal – Helmy_Zizan – Helmy_Zizan👮‍♂️

Hidup saya kesenduan ni

Awak masak je untuk suami…

Moga ada rezeki

Jadi wanita taat pun dah cukup

Sumber: TikTok @nunissah_

Artikel Berkaitan   (Video) 'Mujur takde orang nampak' - Pemandu Saga langgar Viva sampai terbalik, lari dari tempat kejadian