“Gaji dia berbaloi dengan risiko kerja” – Netizen Salute Penyelam Air Kumbahan, Sanggup Kerja Bergelumang Dengan Tahi!

Tukar pampers anak ataupun bau tahi sendiri pun korang dah geli kan? Cuba bayangkan kalau pekerjaan korang ialah penyelam dalam air kumbahan aka air tahi! Haa mesti rasa macam nak pengsan dah kan??!

Apa-apapun, bagi yang tak tahu tugas penyelam air kumbahan ini memang wujud seperti video yang dikongsikan di Twitter kat bawah ni.

“Bayar berjuta sekalipun, takkan buat!”

Rata-rata netizen yang melihat video ni dah sekaligus membayangkan ‘horror’ pekerjaan tersebut. Yelah mana taknya kan, sudahlah masuk dalam kolam yang busuk lepas tu sempit dan gelap pulak tu. Alahai… menangis kalau min dibuatnya!

“Gaji masyukkk… 4 kali ganda gaji sejam doktor di Malaysia”

Meskipun pekerjaan ni nampak macam kotor dan takkan ada orang yang sanggup buat, korang tahu tak gajinya boleh tahan masyuk. Dengar cerita antara RM40 – RM50 sejam. Itu bersamaan dengan 4 kali gali ganda gaji sejam seorang doktor di Malaysia yang hanya RM11.47 per jam. Waaah!

“Real heros, without them, nobody can poop in peace. MUCH RESPECT!!!”

So siapa berani nak kerja jadi penyelam air kumbahan? Gaji masyuk woi… tapi bau tu kena tahan lah sikit kan?