Kereta Terbenam Dalam Kebun Sawit, Lelaki Sempat Tidur Dulu Cari Ketenangan

Menjadi kelaziman dimana orang lelaki lebih tenang dalam menghadapi sesuatu perkara. Biasanya mereka akan mencari ilham seketika dengan pelbagai cara bagi menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.


Kereta terbenam, tapi semua tidur

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @megatrazak97 apabila memuat naik video rakannya yang juga pemandu sedang tidur walaupun kenderaan tersebut sudah terbenam.

@megatrazak97nasib badan ….

♬ suara asli – padip – padip

Tenangkan diri dulu

Menerusi komen-komen yang dibalas oleh penggunya TikTok tersebut, keadaan cuaca ketika itu hujan lebat dan mereka pula berada di tengah-tengah kebun kelapa sawit.

Agak sukar untuk meminta bantuan, jadi mereka mengambil keputusan untuk tunggu sehingga hujan teduh dan tidur sebentar sambil-sambil mencari idea mengeluarkan tayar hadapan dari terbenam.

Kalau perempuan dh  menangis kot

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet berasa terhibur walaupun bimbang akan keadaan pemandu dan penumpang kenderaan  berkenaan.

Mereka juga mengakui andai wanita yang berada di situasi tersebut pasti sudah menangis kerana panik untuk menghadapi keadaan seperti itu.

Bangun nanti baru gelabah

Tayar belakang je yang boleh pusing, tu yang tidur dulu

Tidur dulu baru fikir masalah

 

Sumber: megatrazak97