ABANG reda je ke tu??
Wajah pasrah seorang abang apabila adiknya “tersaIah puting” ternyata menghiburkan hati warga maya.
“Abang loading lama betul, baru sedar dia lelaki ke?,” komen saIah seorang pengguna media sosial.
Rakaman melucukan itu dikongsikan makcik kedua kanak-kanak tersebut, Puteri Kamaliah Aswadi, 24 di laman TikToknya.
Setakat ini, video tersebut telah mendapat lebih 300,000 tontonan.
Sementara itu bercakap kepada mStar, Puteri Kamaliah yang mesra disapa Yaya berkata, sewaktu kejadian dia sedang membantu menjaga anak saudaranya kerana kakaknya sedang makan.
Menurut Yaya, insiden itu berlaku ketika si abang, Izz Khairunnas Muhammad Khairul Hanafi yang berusia setahun tujuh bulan sedang baring di sebelah adiknya yang baru berusia sebulan setengah, Zea Zulaikha.
“Sebenarnya si abang nak tidur dengan adiknya sebab dia ger4m tengok mata adik dia, asyik nak usik saja, biasalah budak kan.
“Adik pula ingatkan si abang nak bagi susu sebab masa tu memang Zea Zulaikha tengah lapar,” kata peniaga dalam talian yang menetap di Seremban, Negeri Sembilan itu.
Izz Khairunnas dan Zea Zulaikha bersama ibu dan bapa mereka.
Tiada apa berlaku beberapa saat sebaik adiknya letakkan mulutnya pada puting Izz, bagaimanapun si abang kemudiannya meraung apabila mula merasai gigitan adiknya.
“Mula-mula dia reda, tapi bila dah kena gigit baru terasa.
“Dia menang1s sampai suruh saya ambil adik dia,” katanya sambil tertawa mengimbas momen lucu itu.
Yaya membantu menjaga dua anak saudaranya.
Menurut Yaya, walaupun digigit adiknya, si abang masih tidak serik untuk bermain dengan adiknya.
Namun, katanya, si abang yang baru sahaja mendapat adik itu sedikit cembvru apabila melihat ibu dan ayahnya melayan adiknya.
“Abang selalu ger4m dengan adik.
“Selalu juga dia jeal0us bila mak dia layan adik dia, kalau nak tidur tu mak dia tak boleh tidur dengan adik dia, kena mengadap dia je,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber:Mstar