Rakaman Video Kemalangan Tular, Kanak2 Tujuh Tahun Maut Digilis Van Sekolah

Sejak semalam, tular satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seorang kanak-kanak berpakaian sekolah dilanggar oleh sebuah van sekolah.

Video CCTV tular di media sosial

Menerusi video yang diperoleh dari Kelantan Inside, dapat dilihat kanak-kanak yang sedang melintas jalan itudilanggar van yang bergerak ke hadapan selepas menurunkan penumpang.

Hal ini mendapat perhatian ramai dan kebanyakkan warganet tertanya-tanya akan keadaan sebenar kanak-kanak tersebut ketika ini.

Kanak-kanak meninggal dunia ketika mendapat rawatan

Namun, menerusi Harian Metro, Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad memaklumkan yang pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu pada 1.10 tengah hari.

Kejadian tersebut melibatkan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun yang baru sahaja pulang dari sekolah di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi.

Mangsa telah mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di salah sebuah hospital swasta.

“Mangsa yang parah di kepala dikejarkan ke unit kecemasan Nilai Medical Centre pada 2.30 petang, bagaimanapun pegawai perubatan hospital berkenaan mengesahkan mangsa meninggal dunia.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat. Pemandu berkenaan dirakam percakapan dan kes di siasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Tambah Noor Aehwan lagi, pemandu van yang berusia 31 tahun itu dikatakan bergerak kehadapan selepas menurunkan semua penumpang yang terdiri daripada pelajar sekolah ke pusat transit sebelum mereka pergi ke sekolah fardu ain (KAFA) pada sebelah petang

Video rakaman CCTV itu tular selepas ada pihak memuat naiknya ke media sosial dan mendapat perhatian ramai warganet kerana terkejut dengan insiden tersebut.

Sumber: Facebook Kelantan InsideHarian Metro (Samadi Ahmad)

Artikel Berkaitan   “Kadang Suami Bawak Makanan Sedap Time Dah Hujung Bulan. Saya Pelik,.. Saya Perasan Banyak Tin Kosong Dalam Kereta. Rupa-Rupanya……”