“Polis pun geleng” – [VIDEO] Netizen Berdekah Tengok Penunggang Langgar Lampu Merah, Tak Perasan Polis Kat Belakang

Satu video menjadi perhatian netizen apabila melihat penunggang motosikal ‘terciduk’ ketika ingin cuba langgar lampu merah.

Benda boleh langgar buat apa berhenti

Dalam video itu, dilihat semua kenderaan berhenti di lampu isyarat ketika lampu sedang merah termasuk polis, bagaimanapun ada penunggang motosikal ini cuba langgar tanpa menyedari bahawa pihak polis ada dibelakangnya.

Jika diperhatikan kejadian dalam video yang telah meraih lebih daripda 4,000 jumlah retweets sejak di muat naik semalam ini , ianya berlaku di kawasan Kuala Lumpur.

Pasangan itu kemudiannya dikejar oleh polis sebelum mereka dilihat memberhentikan motornya di tepi jalan atas arahan pihak berkuasa tersebut.

Kantoi Polis Kat Belakang 6

Video ini turut dikongsikan di Facebook dan Twitter rasmi PDRM sendiri pada 14 Disember 2021 lepas.

 

 

PDRM menyatakan bahawa melanggar lampu merah ini merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

“Patuhilah peraturan jalan raya dan janganlah sesekali langgar lampu isyarat kerana malang tidak berbau. Risiko kemalangan boleh berlaku bila-bila masa disebabkan kecuaian diri sendiri. Sama-samalah kita menjadi pemandu yang berhemah di jalan raya. Tidak susah pun.”

Melihat video tersebut, ia telah mencuit hati netizen apabila melihat kejadian tersebut.

Polis tu pun geleng kepala – Netizen

Kantoi Polis Kat Belakang Kantoi Polis Kat Belakang 2 Kantoi Polis Kat Belakang 3 Kantoi Polis Kat Belakang 4

Harap lepas ni tengok lah dulu keadaan sekeliling, tapi jauh lebih elok kalau tunggu lampu hijau terus, ni tak pasal-pasal kena berhenti tepi, urusan pun terganggu, kena keluar duit bayar saman lagi.

Sumber :lobakmerah

Artikel Berkaitan   'Bengkel terpaksa ditutup kerana sikap bangsa Melayu asyik nak murah...'