“Maruah Kami Nak Campak Mana?” -Tersingkir MLM2021, Wakil Taici Ralat Tiada HA

Selepas setahun berehat disebabkan pandemik, program Maharajalawak Mega 2021 (MLM 2021) kembali menemui penonton dengan kumpulan-kumpulan baharu yang terdiri dari artis komedi senior Tanah Air.

Bersiaran pada jam 9 malam di Astro Warna, beberapa kumpulan sudah mulai menunjukkan taring mereka apabila berjaya memperoleh 5 HA daripada semua juri termasuk Sang Bara.

Langsung tidak diberikan HA

Walau bagaimanapun, disebalik kegembiraan beberapa kumpulan yang memperoleh banyak HA daripada para juri, kumpulan Taici dilihat kurang menyengat sehingga langsung tidak mendapat HA pada malam itu.

Hal tersebut membuatkan mereka tersingkir pada minggu tersebut kerana dilihat kurang menyerlah berbanding kumpulan-kumpulan yang lain.

“Maruah kami nak letak mana?”

Walau bagaimanapun, disebalik penerimaan mereka terhadap keputusan para juri, salah seorang ahli kumpulan tersebut iaitu Chiwan telah meluahkan rasa ralat diatas penyingkiran kumpulan Taici.

Menerui Instagram peribadinya, Chiwan berasa sedikit kecewa apabila usaha mereka tidak dihargai lebih-lebih lagi buat pertama kalinya dalam sejarah pentas MLM tiada langsung HA diberikan kepada peserta.

Dia juga mempersoalkan dimana letaknya maruah mereka apabila berusaha bersungguh-sungguh di atas pentas namun dilihat seperti tidak berbuat apa-apa dengan langsung tidak memberikan HA kepada mereka.

Muka juri pun ketat saja

Chiwan akui sedar yang mereka kalah dengan populariti namun sekurangnya berikanlah sedikit penghargaan buat mereka yang berusaha untuk memberikan kegembiraan kepada para penonton.

Dia juga berasa ralat apabila para juri hanya bermuka ketat sahaja sewaktu mereka memberikan persembahan sedangkan tujuan asal untuk berkomedi adalah untuk penonton.

 

Namun, Chiwan selaku wakil kepada kumpulan Taici tetap mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang sudah memberikan sokongan kepada mereka dan memohon maaf andai persembahan mereka pada malam ituada mengguris hati mana-mana pihak.

Artikel Berkaitan   “Sebab Dah Jadi Bapa..” – Tiada Lagi Nama Caprice, Hanya Daddycap Atau Ariz Ramli

Dia juga mengakui menerima ketentuan rezeki mereka hanya setakat ini sahaja.

Sumber: Instagram Zon Lawak, Chiwan_Chilok