Kemalangan Tragis, Seorang Wanita & Lapan Anaknya Antara Yang Maut

Tragis! Itu perkataan yang dapat digambarkan dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat USJ Lebuhraya Elite menghala Shah Alam, malam tadi.

Menurut laporan Sinar Harian, 10 individu maut termasuk lima kanak-kanak lelaki, tiga kanak-kanak perempuan dan masing-masing seorang lelaki serta perempuan dewasa.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai 17 mangsa terbabit dalam kemalangan tersebut membabitkan dua buah kereta Proton Wira, sebuah Perodua Axia dan sebuah treler.

Norazam memaklumkan, seorang lelaki dewasa maut membabitkan sebuah Proton Wira.

Manakala sebuah lagi Proton Wira terdiri daripada seorang perempuan dewasa, lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan kesemuanya juga maut.

“Seorang lelaki yang menaiki Perodua Axia patah kaki dan perempuan dewasa yang menaiki kenderaan sama cedera ringan…
“…sementara seorang pemandu treler dan dua kanak-kanak di dalam kenderaan itu terselamat,” katanya.

Menerusi laporan Buletin TV3 pula, kenderaan Proton Wira yang membabitkan sembilan maut itu didakwa adalah satu keluarga iaitu seorang ibu dan lapan anaknya.

ADVERTISEMENT

Sumber: Sinar Harian (Mohd Izzatul Izuan Tahir) , Facebook Bernama & Buletin TV3

Sumber : ohmymedia

Artikel Berkaitan   Hanya Letak Daun Kering, Dalam Masa 2 Minggu Pokok Limau Mula Keluarkan Putik!