Berhubung video tular taman tema air yang dipenuhi orang ramai, polis mengesahkan pihak pengurusan Sunway Lagoon tidak melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.
Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata siasatan mendapati lokasi itu boleh memuatkan seramai 10,000 orang dalam satu satu masa tetapi hanya 5,000 orang dalam satu-satu masa menerusi SOP MKN Fasa 4 PPN.
“Menerusi video tular pada 6 November lalu terdapat seramai lebih kurang 1,900 orang di dalam taman tema air (water park) berombak tersebut dan masih di bawah jumlah yang dibenarkan mengikut SOP.
“Hasil perbincangan dengan pihak pengurusan Taman Tema Sunway Lagoon dan dinasihatkan hanya menetapkan 1,000 orang dan ke bawah boleh berada di dalam taman air berombak dalam satu-satu masa,” katanya.
@safwann13 Sedih tngk Malaysia mcm ni , especially umat islam 😔 tiada batas lelaki perempuan bercampur aduk , tiada penjarakan sosial 🙂 #fyp #prayformalaysia
@safwann13Balas kepada @kingemirz video ori 🙂 muhasabah diri kita sudah dipenghujung zaman 😔#fyp #fypシ #sunwaylagoon
Abd Khalid berkata, pihak pengurusan taman tema air itu bersetuju dengan cadangan tersebut selain memaklumkan akan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.
@safwann13Balas kepada @prvthirahhh #fyp #fypシ #prayformalaysia
Sebelum ini, media melaporkan polis telah menyiasat selepas satu video dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook ‘Rizal Hakimm Punyer’ tular di media sosial memaparkan pengunjung sedang bermandi-manda sambil menikmati muzik.
Sumber: Sinar Harian (Muhammad Aminnuraliff) , Facebook , TikTok