“Uish Sama Betul..” – Tampil Bermisai, Aeril Zafrel Digelar Iqram Dinzly 2.0

Sering menghasilkan pelbagai video menghiburkan, tidak hairan sekiranya pelakon Aeril Zafrel terus digelar President of Tiktok dalam kalangan netizen.

Terbaharu, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari tampil dengan imej bermisai dan berambut panjang sehingga disamakan dengan rakan artis yang juga pelakon Iqram Dinzly.

Menerusi aplikasi TikTok, pelakon berusia 33 tahun itu memuat naik beberapa video melakukan aktiviti harian namun dipenuhi komen warganet yang mengatakan wajahnya mirip pelakon drama Dunia Baru tersebut.

@aerilzafrel8Pegi binjai jap

♬ original sound – aerilzafrel – aerilzafrel

Malah, terdapat juga segelintir individu berseloroh dengan berpura-pura keliru mengatakan lelaki dalam video tersebut adalah Iqram yang dilihat semakin ‘sihat’.

Video yang dikongsi pada Selasa lalu itu meraih 1.6 juta tontonan dan lebih 180,000 tanda suka selain pelbagai reaksi netizen yang terhibur melihat penampilan terbaharu Aeril.

@aerilzafrel8Senyum ni ke yg viral [email protected]

♬ original sound – Tik Toker

“Siapa cakap macam Iqram, dia adik Iqbal”

Siapa jadi siapa ni?

Iqram macam dah sihat je?

Iqram 2.0 ni…

Lain pulak muka dia!

Aeril mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Wawa Zainal pada 25 Februari 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata berusia antara lapan hingga setahun.

Sumber: TikTok @aerilzafrel8

Artikel Berkaitan   'Dapat surat cinta JPJ sebab anak kat belakang tak pakai car seat' - Tak bagi anak pakai car seat boleh dikompaun RM300, denda RM2,000 atau penjara 6 bulan