Jika Kacang Botor Yang Ditanam Tak Mahu Berbuah Cuma Lebat Daun, Kena Ikut Petua Ini

Tanam pokok jenis kekacang ni memang mudah dan cepat matang. Tapi, dalam banyak-banyak jenis kacang botor dan buncis antara yang susah dan kedekut buah. Tidak seperti kacang panjang yang cepat dan banyak hasilnya. Kacang botor dan buncis, walau sudah diberi baja yang mencukupi pun belum tentu berjaya mengeluarkan hasil yang optimum. Silap-silap tak ada langsung.


Hal ini banyak di alami ramai kan? rupanya nak kang botol berbuah,, bukan je perlu letak baja. Ini yang perlu anda lakukan

Sediakan Junjung

Untuk hasil yang baik, sediakan junjung untuk pokok kacang botor memanjat. Ia memberi ruang kepada pokok untuk menjalar dan mudah untuk diselenggara. Tambahan, bila ada junjungan ni masalah serangga dan penyakit mudah dikawal dengan mudah. Tamabahan, nak tuai hasil pun senang


Baja Organik

Sebaiknya, pokok diberi baja organi setiap hari. Tak susah pun nak buat baja organik sendiri. Resepi seperti di bawah. Baja organik diberi settiap hari tak undang masalah kepada tanaman.

Bahan-Bahan Baja Organik:

1 Bahagian sisa dapur (kulit bawang, buah-buahan yang rosak, batang asyur dan sebagainya)
1 bahagian gula merah
Cara-Cara:

Campurkan semu dan perap di dalam bekas kedap udara selama sebulan

Bancuhan Baja:

1 bahagian baja organik di bancuh bersama 10 bahagian air. Sesuai dibuat siraman atau semburan


Cantasan

Kurang kepadatan daun adalah salah satu cara memastikan pokok kacang botor cepat mengeluarkan hasil. Ini kerana, baja yang memberi tumpuan kepada penghasilan kacang. Selain itu juga, cantas tunas dan dahan baru yang tumbuh pada bahagian batang utama**


Besar besar buahnya


Sumber: Hashimah Mohamad Shariff Via Impiana