Sukar Bernafas & Oksigen Menurun, Keluarga Mohon Doa Buat Fatimah The Family UK

Siapa yang mengikuti Instagram keluarga Malaysia yang menetap di Birmingham, United Kingdom pasti mengenali sosok kanak-kanak bernama Fatimah Omar Mukhlis yang pernah tular kerana kepetahan berbahasa Melayu loghat Kelantan.


Berada dalam keadaan kurang sihat

Namun, menerusi Instagram keluarga tersebut iaitu thefamily.uk, mereka memberitahu bahawa Fatimah, 7 telah dikejarkan ke hospital kerana mengalami sesak nafas.

menerusi kapsyen disertakan dengan gambar kanak-kanak berkenaan, ahli keluarga memohon orang ramai supaya dapat mendoakan Fatimah kerana dia berada di bahagian kecemasan hospital.

“Tolong doakan Fatimah. Dia sangat tidak sihat, sakit dada dan sukar untuk bernafas.
“Kini berada di bahagian kecemasan menunggu ambulans untuk memindahkannya ke hospital lain….” katanya.

Doktor sahkan jangkitan kuman

Dalam perkongsian terbaru, ahli keluarga memaklumkan yang Fatimah mengalami jangkitan kuman pada paru-paru dan sudah dipindahkan ke hospital kanak-kanak.

“Fatimah mengalami jangkitan kuman (chest infection). Paras oksigennya menurun ketika di dalam ambulans tadi.
“Fatimah sudah dipindahkan ke hospital kanak-kanak,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen perkongsian dari Instagram thefamily.uk tersebut, rata-rata warganet telah mendoakan agar kesihatan Fatimah kembali pulih dan sihat seperti biasa.

Untuk makluman, Fatimah dan adik-beradiknya pernah tular di media sosial kerana membesar di United Kingdom namun tetap fasih bercakap dalam bahasa Melayu loghat Kelantan.

Dia juga merupakan anak saudara kepada seorang chef selebriti Allahyarham Muhammad Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali sebagai Adamdidam yang meninggal dunia pada 19 Mei 2019 disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru.

 

Sumber: Instagram thefamily.uk