Sejak pagi tadi, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli teruk dikecam netizen susulan tersebarnya gambar yang didakwa penyanyi tersebut sedang mencium seorang lelaki di dalam sebuah kelab malam.
Enggan menafikan lagi kebenaran tersebut, Baby Shima mengaku yang gambar berkenaan memang dirinya dan menyifatkan perkara itu tidak menganggu sesiapa pun.
Beri penjelasan berkaitan gambar tular
Susulan daripada itu, dia telah mendapat pelbagai tohmahan walaupun mengaku wanita yang berada dalam gambar tersebut adalah dirinya.
Tampil sekali lagi menjelaskan hal sebenar, pedangdut berusia 29 tahun itu telah memuat naik video meluahkan rasa ralat berikutan gambar yang diambil dan disebarkan itu adalah salah satu adegan dalam muzik video lagu terbarunya bertajuk Lalai.
Menurutnya, dia pergi ke kelab bertujuan untuk menjalani pengambaram MV lagu Lalai dan bukan suka-suka untuk berhibur.
Dia juga berasa malas untuk menerangkan hal tersbut kerana ramai yang tidak mempercayai apa yang diperkatakan.
Sudah-sudahlah burukan nama Baby Shima
Jadi, menerusi penjelasan tersebut, Baby Shima meminta cukup-cukuplah memburukkan namanya kerana dia tidak pernah menggagu kehidupan orang lain.
Meninjau ke saluran YouTube penyanyi tersebut, MV lagu bertajuk Lalai baru sahaja di muat naik pada 17 November 2021 selepas gambar-gambar mesra yang ditularkan tersebar meluas di media sosial.
Dalam masa satu jam sahaja selepas dikongsikan kepada umum, sudah seramai 10 ribu lebih viewers yang menonton MV lagu tersebut.