Ramai Sebak Lihat Pemuda Berlari Riang Lihat Rakan2 Datang Jemput Keluar Penjara

Setiap orang melakukan kesilapan dalam hidup. Namun, sokongan moral daripada orang terdekat semestinya menjadi penguat untuk mereka bangkit dan berubah menjadi lebih baik.


Jadi, jika kenalan atau rakan-rakan yang pernah susah senang bersama kita melakukan kesilapan, eloklah jika kita terus berada disisinya dan memberikan semangat untuk dia kembali berada di landasan betul dalam kehidupan.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @azhxrrr__ apabila memuat naik video seorang bekas banduan yang baru sahaja dibebaskan disambut oleh rakan-rakannya di pintu hadapan penjara.

@azhxrrr__ 

Alhamdulillah 🤲🏻 #fyp #fypシ #esekeli #xyzbca #trending #foryou #foryoupage #viral2021 #masukberanda

♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

Semangat setia kawan yang ditunjukan itu benar-benar menyentuh hati ramai apabila pemuda yang berpakaian putih tersebut berlari dan tersenyum melihat rakan-rakannya datang menyambut kepulangannya selepas setahun lebih ditahan di penjara.

Mereka dilihat bersalaman dan berpelukan antara satu sama lain meluahkan rasa rindu dan terima kasih kerana sudi hadir menemuinya yang baru sahaja dibebaskan.

Sejahat mana pun dia, dia tetap sahabat

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian dan rata-rata mengakui sebak melihat friendship mereka yang begitu kuat. Warganet juga memuji rakan-rakan kepada pemuda tersebut yang tetap setia dan tetap memberi sokongan tanpa sebarang prajudis.

Persahabatan lelaki memang kuat

Sama2 bantu dia menjadi lebih baik

Respect persahabatan macam ni

Happy tengok kawan2 jemput

Buruk mana sahabat dimata orang lain, dia tetap terbaik di mata kita

Semua manusia buat silap

 

Sumber: TikTok @azhxrr__