Balkisyh Semundur Khan Pergi Ke Klinik Sebab Tak Sihat, Ini Yang Disampaikan Doktor

Siapa sangka, kepergian Balkisyh Semundur Khan ke klinik sekitar awal tahun lalu bagi mendapatkan rawatan mencetvskan berita gembira apabila doktor di klinik berkenaan mengesahkan yang dia sedang hamil.

Menurut wanita yang popular dengan watak Atul menerusi drama Mok Cun itu, dia berasa sangat terkejvt dan tidak menyangka bahawa tentang kehamilannya itu sewaktu diberitahu oleh doktor.

“Ketika itu, saya pergi ke klinik sebab rasa kurang sihat. Saya pula memang mempunyai asma, jadi saya ke sana bagi tujuan mendapatkan rawatan serta membuat pemeriksaan.

“Seperti biasa, doktor memberitahu status kesihatan semua… jadi ketika mahu pulang, tiba-tiba doktor ucap tahniah kerana kandungan sudah mencecah usia sebulan.

“Ketika itu, macam-macam perasaan timbul dalam diri selepas mendapat tahu yang saya hamil. Tetapi saya bersyukur dengan rezeki. Alhamdulillah, doakan semoga semuanya dipermudahkan,” katanya.

Balkisyh yang juga ibu kepada dua cahaya mata itu ditemui di majlis ‘Meet & Greet’ pelakon Putra Amaris bersama Anak Yatim, Tahfiz dan pes4kit k4nser yang dibawakan oleh Safelyte di Wangsa Walk Mall baru-baru ini.

Ditanya mengenai re4ksi suami, Balkisyh berkata, bel4han jiwanya itu merupakan insan yang paling tervja apabila mendapat tahu dia bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

“Selepas berumah tangga, kami menjalani hubvngan suami isteri jarak jauh. Hal ini kerana, suami bertugas di Johor sementara saya pula berada di Kuala Lumpur.

“Selain suami, ahli keluarganya juga gembira dengan perkhabaran ini kerana mereka bakal sambut cucu pertama.

“Jujur, saya berasa sangat bersyukur kerana ahli keluarga suami menerima saya seadanya walaupun saya sudah mempunyai anak hasil perkahwinan terdahulu.

“Tambahan pula, mertua pun layan kami dengan baik. Rezeki Allah nak bagi, alhamdulillah,” tutupnya yang menjangkakan bakal bersalin pada Februari tahun depan.

Artikel Berkaitan   “Seb4knya Perasaan, Semuanya Bercampur Rasa,” – Ibu Diser4ng Str0k, Ini Luahan Hati Dj Lin Sebab Tak Dapat Jaga Di Hospital

Balkisyh mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Mohd Nazri Zakaria iaitu seorang penjawat awam pada 26 Disember 2020.

Untuk rekod, perkahwinan dengan Mohd Nazri merupakan perkahwinan kedua Balkisyh. Wanita itu mendirikan rumah tangga buat pertama kali dengan pelakon dan pengarah drama, Mohd Aizad Rosli pada 2007 dan memvtuskan untuk berpisah pada 5 September 2017.

Hasil perkahwinan dengan Mohd Aizad, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qalesya, 10, dan Muhammad Nor Qaiysh, 5.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Gempak